Nak tau lagi? Meh klik :)

Saturday, March 6, 2010

FYP - our progress :)

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam semuanya! :)

Hello, i'm back! Hehehe :D Ermm, ari ni aku nak crita pasal projek kitorang aritu. Kat entry yang sebelum ni aku kan penah cerita pasal Final Year Project (FYP) kami kan? So, sekarang aku nak cerita sikit pasal kegiatan kitorang aritu. Hehehe.

8-11 Februari 2010 (Isnin - Khamis) aritu kitorang wat ceramah pendidikan kesihatan kat sekolah rendah kat area Krokong, Bau. Jadi, dua buah sekolah rendah kat kawasan tu dah terpilih sebagai sekolah yang akan dikaji untuk menjayakan projek kami ni tadi. Sekolah tu ialah, SK Pedaun Bawah (Control School) dan SK St. Patrick (Case-breakdown School). Tajuk ceramah kitorang ialah Dengue Fever (DF) dan Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Target kitorang ialah budak-budak darjah 4-6 yang majoritinya berumur diantara 10-12 tahun.

Pada 8-9 Februari 2010 (Isnin-Selasa), kami telah menjalankan ceramah kesihatan mengenai HFMD kat SK Pedaun Bawah (Kak Anis) dan SK St. Patrick (aku ler~). Pastu pada 10-11 Februari 2010 (Rabu-Khamis) plak kitorang dah menjalankan ceramah kesihatan mengenai DF kat SK Pedaun Bawah (Ain) dan SK St. Patrick (Shey) yang mana kitorang mendapat sponsor Shieldtox daripada syarikat Reckitt Benckiser yang akan diedarkan kepada ibubapa pelajar tahun 4-6 yang turut serta dalam menjalankan gotong-royong kat kawasan sekolah tersebut. Kitorang wat gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama dengan PIBG pada hari ceramah DF (Kempen anti-denggi) tersebut kerana kawasan sekolah ini merupakan kawasan "hot-spot" denggi di Daerah Bau.

Hari pertama: 8 Februari 2010 (Isnin) - HFMD at SK Pedaun Bawah by Kak Anis

Itu dia Kak Anis kita yang memulakan ceramah untuk projek ini :D

Time nih kitorang just bagi borang kaji selidik kat pelajar je pasal HFMD. Lepas dorang dah selesai jawab suma soalan barulah kitorang stat wat ceramah. Tetamu yang turut hadir pada hari ni ialah lecturer kitorang, iaitu En. Khamri bin Hj. Katang dan dua orang rakan kitorang yang praktikal kat PKB Kota Samarahan, iaitu Kinot dah Sha. Thanks for coming. Dari PKD Bau plak, cip kitorang yang join, iaitu En. Gendang Pol. Terima kasih kerana sudi luangkan masa ngan projek kitorang nih. :)

Hari kedua: 9 Februari 2010 (Selasa) - HFMD at SK St. Patrick by aku sendiri :D

Adik-adik ngah mendengar aku bagi ceramah dengan tekun sekali :)

Yang ni plak kitorang bagi borang kaji selidik pasal HFMD kat pelajar sebelum (pre-test) dan selepas (post-test) ceramah. Yang hadir pada kali ni tak ramai, just En. John Kennedy dari PKD Bau je. Yang lain takde, huhuhu~ :P Tapi tetap thanks gak kat dorang yang telah menjayakan program nih. Hehehe. :D

Hari ketiga: 10 Februari 2010 (Rabu) - DF at SK Pedaun Bawah by Ain :D

Ain ngah bagi ceramah kat adik-adik :)

Adik-adik Shieltox! Hahaha :P

"Saya Anti Denggi!!!" :D


Abg Zaidi dgn mukanya yang sangat happy.
Adik2 yang comel :D

Gotong royong berjalan ngan lancar!

Cip PKD Bau, Mr. Gendang Pol, Pegawai Unit Promosi Kesihatan PKB Kchg, Mdm Pises, Guru besar SK Pedaun Bawah, En. Lee & Orang2 kuat Reckitt Benkiser.

Sesi mengedarkan Shieldtox kepada ibubapa, dah macam orang menang peradan plak.
"Saya telah menang, terima kasih Shieldtox!"
Hahahha~ :P
Kali ni same gak macam yang hari pertama, just kitorang bagi borang kaji selidik mengenai DF kat pelajar. Jemputan khas yang join kitorang pada ari ni ialah cip kitorang dari PKD Bau, iaitu En. Gendang Pol. Ni merupakan ari terakhir kitorang wat projek ni kat SK Pedaun Bawah. Sepatutnya ada gotong-royong dengan PIBG pagi ni, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan la plak, tak dapat nak buat gotong-royong. So, kitorang just bagi ceramah je pastu barulah edarkan Shieldtox kat ibubapa pelajar darjah 4-6 yang ditaja oleh Reckitt Benkiser. Sebuah family just dapat setin je Shieldtox ye, harap maklum. ehehe. :P Time ni gak ada dua orang tetamu khas dari PKB Kuching dari unit Promosi Kesihatan, iaitu Madam Pises dan En. Zaidi Sarbini. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan mereka. =)

Hari terakhir: 11 Februari 2010 (Khamis) - DF at SK St. Patrick by Shey :P


Sher ngah bagi ceramah HFMD kat adik2.

Adik2 ngah kusyuk dengar ceramah nih.

Yang ni baru la semangat namanya. Steady lar~
"Saya Anti Denggi!!"

En. Andy, Guru besar sekolah ni, ngah edar shieldtox kat ibu bapa pelajar.
Kali ni memang mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pihak PIBG bagi menjayakan gotong-royong kitorang kat kawasan sekolah. Tetamu yang hadir hanya Mdm. Pises dengan En. Zaidi je bagi mewakili pihak Reckitt Benckiser untuk mengagihkan Shieldtox kat para ibubapa.

Sepanjang empat (4) hari projek kami ni dijalankan, saya dan rakan-rakan amat berterima kaseh kat lecturer, pegawai dan staf yang terlibat, pihak sekolah, para pelajar serta kawan-kawan yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan projek kami. Segala bantuan, tunjuk ajar serta kerjasama kalian amatlah kami hargai dengan ribuan terima kaseh dan tanpa dapat mengatakan pape lagi. Terharu sangat nih, uhuhuhu. Thanks you very much! :)

Sincerely,
Ezad Nimo :)