Nak tau lagi? Meh klik :)

Friday, January 2, 2015

Salam Jumaat, Salam 2015

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t

Salam Sejahtera~!


Kehadapan semua yang mengenali diri ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin diucapkan.. ehhh, bukan ehh? Salah ye? Ooo, tahun baru rupanyaaa, hahaha. Maafkan saya, maaf di atas segala kesalahan saya ini. Maklumlah, baru tersedar dari mimpi setelah setahun lebih tidur agaknya.

Selamat pagi semuanya, Salam Jumaat Mubarak. Dengan ini, sekembalinya saya ke alam maya ini mungkin untuk seketika atau untuk jangka masa yang agak lama kali ini. Setelah setahun lebih menyepi, saya kembali dengan gaya yang agak berlainan sedikit berbanding sebelum ini. Mungkin agak sopan dari segi saya membahasakan diri ini dari "aku" kepada "saya" ye dok? Ye laa, usia pun dah mencecah 25 tahun sekarang, bukannya 19 tahun lagi, hehehe.

Sekembalinya saya ini hanya nak update sikit mengenai diri saya sekarang. Kemana saya menghilang? Kenapa senyap je? Apa yang saya buat selama ni? Korang percaya tak semua ni? Hahaha, maaf, tak lawak pun (buat muka ketat sikit). Lama saya menghilang ni, macam dah banyak je virus-virus masuk kat page saya, menyampah I.

Tak banyak pun saya nak update, cuma nak bagitau, saya sekarang dah jadi seorang pelatih di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak (KSKBSAS) dalam bidang Farmasi. Saya sekarang dah masuk semester 2, Alhamdulillah. 12 Januari nanti baru kami start kelas atas sebab banjir yang melanda Pantai Timur sekarang (#prayforpantaitimur), kejadian alam yang tidak dapat kita elakkan, ada hikmah disebaliknya.

Hmmm, apa lagi nak tulis? Bila dah start menaip nih, rasa taknak berenti pulak, seronok, tapi takde idea dah, hahaha. Baiklah, elok ler kalo saya berhenti kat sini je dulu ye. In shaa Allah, panjang umur kita berjumpa lagi. Ye la, saya kan macam chipsmore, now u see, now u don't, hehehe.

Sekian, wassalam.

P/s: Jaga diri elok-elok semuanya, musim hujan ni jangan main air ye. =)

Yang menaip,
Ezad Nimo